09 Disember 2011

Catan


Definisi catan
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang rata atau absrak.Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan.Satu ciptaan gambar yang berwarna.Catan ialah latihan mengaplikasipigmendari satu media ke atas permukaan seperti kertas,kanvas dan dinding.Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasi warna basah ke atas permukaan2D.Satu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan bermakna ke atas permukaan dengan menggunakanbahantara pigmen warna.

Alat ,Media dan Bahan
Penggunaan alat, media,bahan dan teknik dalam menghasilkan catan adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaranP endidikan Seni Visual dijalankan.Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang dihasilkan.Terdapat berbagai jenis
alatan dan bahan untuk mewarna di pasaran sekarang.Sebelum membeli peralatan warna yangterdapat di pasarandan bahan-bahan lain yang hendak digunakan semasa proses pembelajaran,pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul.
Berikut ialah di antara contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan:
-P ensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna.
-Berbagai jenis berus.
-Berbagai jenis warnaseperti warna air,warna poster,akrilik,warna minyak,cat
 mural,warna tempera
-Palet atau bekas pembancuh warna
-Botol untuk mengisi air
-Kertas lukisan,kertas cat air,kain kanvas,permukaan dinding
-Surat khabar

Catan adalah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagaibahan untuk menghasilkan gambar.Bahan-bahan pewarna seperti cat poster,cat air,cat minyak,cat tempera,cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan.Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas,kain atau kanvas.












BATIK

Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua malah digemari juga oleh pelancong-pelancong luar negara.
Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud ‘pakaian yang mempunyaititik-titik kecil’. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada bunyi berdetik atau‘tik-tik’. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu ‘tritik’ iaitu proses menghasilkan batik.

Jenis-jenis dan teknik Batik 
1.    Batik Blok -Batik yang menggunakan blok logam untuk menghasilkan corak .
2.    Batik skrin -Batik yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker.
3.   Batik tulis -Batik yang menggunakan alat canting dan lilin untuk menghasilkan corak.
4.    Batik pelangi-Batik yang menggunakan kaedah ikat dan celup.

Alat dan bahan untuk membuat batik canting
Canting / damar  / lilin / warna batik / pemati warna (sodium silicate)
bingkai kayu / periuk  / kain putih (sutera, fuji, kapas)

Proses menghasilkan batik 
1.    Lukis corak batik di atas kertas.
2.    Letakkan kain di atas lukisan bercorak dan buat salinan perdua.
3.    Rentang kain pada pemidang kayu menggunakan paku tekan.
4.    Lilin kain menggunakan canting di atas kain yang dilukis.
5.    Warna corak yang decanting.
6.    Sapu pemati warna di atas kain.
7.    Biarkan kain selama 8 hingga 10 jam, kemudian basuh sehingga bersih.
8.    rebus kain di dalam air.
9. Jemur kain yang telah dibersihkan.


















Bahan buangan boleh dijadikan benda yang sangat berharga...

http://www.youtube.com/watch?v=w10rYAUWnWo&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=uH4jHTX02R4&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=n4aIkVbRaAY&feature=related

06 Disember 2011

Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan Seni


Apabila membicarakan tentang seni, masyarakat umumnya lebih tertarik dengan seni yang lebih popular seperti seni muzik mahupun seni lakonan. Ini bertitik tolak daripada pendedahan yang meluas diterima bagi kedua-dua cabang seni tersebut. Lantaran itu, seni muzik dan seni lakonan ini mempunyai impak yang bukan sedikit ke atas khalayak di negara ini. Nama-nama kecil dan besar yang menguasainya begitu mudah bermain di bibir masyarakat, baik anak kecil, mahupun golongan yang lebih tua.

Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, ianya seakan jauh terpinggir. Walaupun sebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat, kita masih merasakannya sebagai suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Hanya golongan tertentu sahaja yang bener-benar menghayati seni visual dalam erti kata penghayatan estetika selayaknya.

Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini, namun martabatnya masih diletakkan pada tempat yang sama.

Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai budaya, mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik.

Di samping itu, ia juga menjadi serampang dua mata sebagai uasaha membentuk minda baru masyarakat Malaysia, tidak sekadar memandang seni dari sudut estetikanya sahaja malahan mampu mengangkat darjat dan peranan seni visual di dalam pembentukan ketamadunan negara.



i) Definisi Seni

Apa sebenarnya yang dinamai ‘ seni ’ itu sendiri? Terlalu banyak kupasan dan pendefinisian mengenai seni, baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh seni tempatan. Baik kupasan berlandaskan estetika semata-mata mahupun pengertian seni yang dapat dikutip melalui kacamata agama. Ini melambangkan betapa luasnya kesenian itu sendiri lantaran manusia yang normal secara totalnya amat senang dengan sesuatu yang mempunyai nilai-nilai dan unsur seni.

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. 

Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.

ii) Definisi Pendidikan

Pendidikan menurut Plato, seorang filosofis Yunani, ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Secara jelasnya, pendidikan adalah suatu usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di dalam diri individu. Pengertian ini adalah sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang lagi filosofis Yunani iaitu.

Aristotle di mana beliau mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. 

Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Secara jelasnya, pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang.

Oleh kerana luasnya konsep pendidikan itu disamping pertalian intimnya dengan ilmu, para cendikiawan seringkali memberi pendefinisian tentang pendidikan berdasarkan cabang ilmu masing-masing bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas. Umpamanya, di dalam Islam sendiri, konsep ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu akhirat ( ukhrawi ) dan ilmu keduniaan ( duniawi ). Bertitik-tolak daripada kefahaman tersebut, Abdul Halim el-Muhammady mentakrifkan pendidikan daripada kacamata Pendidikan Islam sebagai suatu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Quran dan Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuwan muktabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh. 

Manakala penganut aliran Fungsionalisme melihat individu tidak penting dalam menentukan apa yang sesuai untuk dirinya. Pendidikan bagi mereka bukanlah untuk membentuk potensi dan kebolehan individu bagi dirinya tetapi untuk keperluan komuniti dan masyarakatnya. Ini adalah lantaran masyarakatlah yang menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. 

Salah seorang penganut aliran ini, Durkheim ( 1956 ) umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. Mereka yang dididik adalah dikehendaki mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai keperluan sebagaimana yang dikehendaki oleh generasi yang lebih awal. Oleh itu, secara umumnya Durkheim menganggap fungsi pendidikan adalah untuk mengekalkan masyarakat dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif masyarakat dalam diri invidu.

John Dewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat.

Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka iaitu salah seorang tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

Rabindranath Tagore, salah seorang ahli falsafah dan penyair India yang terkemukamenyatakan pendidikan sebagai suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh makna. Menurut beliau, pendidikan tidak seharusnya hanya terikat dengan buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan sebenar manusia.

Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya, berlaku samada secara formal ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, terutamanya individu muslim, telah ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut.

iii) Definisi Pendidikan Seni

Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.